Friday, April 3, 2009
Kejutan Amy Search
Sungguh bertuah menjadi pelajar Akademi Fantasia. Selain berpeluang belajar selok-belok menjadi seorang penghibur, mereka turut berpeluang bertemu dengan selebriti-selebriti terkenal tempatan dan antarabangsa. Menarik malam ini, mereka menerima kejutan dari Raja Rock Malaysia, Amy Search! Apakah reaksi yang ditunjukkan mereka? Semuanya akan dapat anda tonton dalam Diari Akademi Fantasia jam 9 malam ini.
Dalam pada kegembiraan yang diperoleh di Akademi, ada pelajar yang masih tertekan dengan keadaan dan peraturan di Akademi. Seperti yang diluahkan oleh seorang pelajar yang tidak keruanh kerana tidak dapat menghisap rokok di Akademi. Amboi!
Paling menarik melihat pasangan pelajar yang seakan-akan sedang mula bibit-bibit cinta. Perasaan mereka dikatakan bermula sejak dipasangkan di kelas lakonan Miss Ida Gorgeous. Semua akan dapat anda tonton dalam Diari Akademi Fantasia, jam 9 malam ini, pastinya di Astro Ria (Saluran 104)
Thursday, April 2, 2009
Akim Lagi
Seorang demi seorang pelajar meluahkan perasan. Hari ini, sekali lagi Akim meluahkan perasaan. Apa pula masalah adik bongsu AF7 kali ini? Adakah masih berkisar tentang masalah yang dihadapi Hafiz semalam? Semuanya akan dapat anda tonton dalam Diari Akademi Fantasia jam 9 malam ini.
Sebagai ganjaran menjadi pelajar yang menunjukkan peningkatan terbaik, Aril dapat membuat panggilan kepada keluarganya. Apakah reaksi serta isu yang diperbualkan?
Paling menyeramkan apabila Yazid mengadu tentang hantu dan kisah seram di kem sebelum terpilih ke Akademi. Semua akan dapat anda tonton dalam Diari Akademi Fantasia, jam 9 malam ini, pastinya di Astro Ria (Saluran 104)
Wednesday, April 1, 2009
Afundi Terkini
Tuesday, March 31, 2009
Pelajar Undian ku (jgn Lupa Undi)
Tugasan 4 pelajar AF7m (jom undi)
Konsert minggu keempat adalah tribute kepada dua (2) ikon penyanyi dan penghibur terkenal tanah air, Amy Search dan Datuk Siti Nurhaliza. Keduanya telah bertahan lebih 10 tahun dan masih kekal dalam industri serta melebarkan sayap populariti melampaui sempadan Malaysia. Maka,merekalah sumber inspirasi atau ikon kepada pelajar AF7 dalam cita-cita menjadi pelapis kepada ikon sedia ada.
PELAJAR WANITA (Lagu-lagu nyanyian asal Amy Search)
CLAUDIA – Suralaya Dalam D Major
ZIZI – Aku Dah Bosan
AISHAH – Mentari Di Ufuk Timur
RUBISA – Tiada Lagi
ISMA – Kerja Gila
PELAJAR LELAKI (Lagu-lagu nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza)
HAFIZ – Cinta Ini
AKIM – Destinasi Cinta
YAZID – Aku Cinta Padamu
QHAUD – Di Taman Teman
ARIL – Lakaran Kehidupan
SIDI – Kumilikmu
LAGU BONUS Isabella & Jerat Percintaan (medley).
Melihat daripada perkembangan positif pelajar musim ini, mereka pasti mampu untuk melakukan persembahan yang menarik minggu ini. Teruskan mengikuti perkembangan mereka sepanjang minggu di Diari Akademi Fantasia, 9.00 malam di Astro Ria (Saluran 104) Teruskan AFUNDI kepada pelajar kegemaran anda!
Thursday, March 26, 2009
Tahniah Wira Negara
Penerima tertinggi hadiah insentif ini adalah atlet gimrama, Lim Wen Chean sebanyak RM16, 500, diikuti atlet ekuesterian, Qabil Ambak Mohd Fathil sebanyak RM12, 500 dan atlit karate, Puvaneswaran Ramasamy sebanyak RM5,000.
Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Malaysia,Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, Menteri Belia dan Sukan Malaysia,Dato’ Sri Azalina Dato Othman Said, Menteri-menteri Kabinet, Menteri-menteri Besar, Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Sidek Hassan dan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan,Dato’ Mohd Yassin Salleh.
Wednesday, March 25, 2009
Memori Tercipta
Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa
Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pon terduga pintunya terbuka
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa
Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa
p/s : dinyanyikan oleh iera (bukan penyanyi sebenar)
Tuesday, March 24, 2009
Nasib Vs Takdir
ku percaya, dalam hidup nih ada qada dan qadar, sebab itu adalah rukun Islam yang ke 5. Apa yang jarang kita sedari.. ada 2 perkara yang hampir sama dalam Bahasa Melayu kita. Antara NASIB dan TAKDIR.
1 - Nasib adalah sesuatu yang boleh diubah.
2 - Takdir, ini yang tak boleh diubah.
Perhatikan, berapa ramai diantara kita selalu jer cakap.. “Dah nasib aku hidup camnih, nak buat camner…” Sedangkan, “Nasib sesuatu kaum itu tidakkan berubah melainkan mereka sendiri yang mengubahnya”. Sama jer, persoalan kaum atau diri sendiri. berapa ramai yang pernah cuba nak mengubah NASIB BURUK kepada sesuatu yang lebih baik?
Jadinya lagi.. aku banyak bercerita pada orang, sama cam aku ceritakan pada korang yang baca apa yang aku tulis nih. . Habis tuh diri aku? mana letaknya. OK!.. Aku rasa.. dalam 100 cerita aku, berjaya membuka mata 10 orang, itu sudah cukup. Walaupun aku tidak berjaya (lagi) menjadi kaya raya atau mewah, atau punyai kekayaan fizikal.. tapi ‘cerita’ aku mungkin diceritakan kemudiannya kepada Melayu-melayu yang lain, ayat aku dipakai untuk menyedarkan pula kawan-kawannya yang lain. Bende positif diulang berulang kali akan membawa kesan yang positif. Begitulah sebaliknya…
Apapun yang pasti, kepuasan hati aku dalam melakukan perkara-perkara sedemikian sudah pun mencukupi.