Thursday, March 26, 2009

Tahniah Wira Negara


2 Jan, Putrajaya - Perdana Menteri malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi meraikan para atlet Malaysia di Kejohanan Sukan SEA Korat 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Para atlet yang berjaya menggondol pingat emas diberi insentif galakan. Hadiah telah disampaikan oleh pemimpin nombor satu negara, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Kejayaan kontinjen Malaysia mendapat 68 pinagt emas semasa Sukan Sea di Korat merupakan kejayaan terbaik atlet Malaysia dalam sejarah Sukan Sea luar Kuala Lumpur.

Para atlet menerima ucapan tahniah daripada Pak Lah dan berharap kejayaan ini akan berterusan di Sukan Olimpik di Beijing, China tahun ini. Belia berkata lagi tiada apa yang menjadi masalah atau kepayahan tetapi disebalik rintangan itu terdapat peluang atau opportunity untuk mendapat pingat emas, perak ataupun gangsa. Beliau juga menyarankan kepada orang ramai untuk membudayakan sukan dalam kehidupan harian. Tambah beliau, aktiviti sukan adalah satu-satunya aktiviti yang dapat menyatupadukan rakyat berbilang bangsa di Malaysia.

Penerima tertinggi hadiah insentif ini adalah atlet gimrama, Lim Wen Chean sebanyak RM16, 500, diikuti atlet ekuesterian, Qabil Ambak Mohd Fathil sebanyak RM12, 500 dan atlit karate, Puvaneswaran Ramasamy sebanyak RM5,000.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Malaysia,Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, Menteri Belia dan Sukan Malaysia,Dato’ Sri Azalina Dato Othman Said, Menteri-menteri Kabinet, Menteri-menteri Besar, Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Sidek Hassan dan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan,Dato’ Mohd Yassin Salleh.

0 comments:

Post a Comment