Friday, April 3, 2009

Kejutan Amy Search


Sungguh bertuah menjadi pelajar Akademi Fantasia. Selain berpeluang belajar selok-belok menjadi seorang penghibur, mereka turut berpeluang bertemu dengan selebriti-selebriti terkenal tempatan dan antarabangsa. Menarik malam ini, mereka menerima kejutan dari Raja Rock Malaysia, Amy Search! Apakah reaksi yang ditunjukkan mereka? Semuanya akan dapat anda tonton dalam Diari Akademi Fantasia jam 9 malam ini.

Dalam pada kegembiraan yang diperoleh di Akademi, ada pelajar yang masih tertekan dengan keadaan dan peraturan di Akademi. Seperti yang diluahkan oleh seorang pelajar yang tidak keruanh kerana tidak dapat menghisap rokok di Akademi. Amboi!

Paling menarik melihat pasangan pelajar yang seakan-akan sedang mula bibit-bibit cinta. Perasaan mereka dikatakan bermula sejak dipasangkan di kelas lakonan Miss Ida Gorgeous. Semua akan dapat anda tonton dalam Diari Akademi Fantasia, jam 9 malam ini, pastinya di Astro Ria (Saluran 104)

Thursday, April 2, 2009

Photo Af



Akim Lagi


Seorang demi seorang pelajar meluahkan perasan. Hari ini, sekali lagi Akim meluahkan perasaan. Apa pula masalah adik bongsu AF7 kali ini? Adakah masih berkisar tentang masalah yang dihadapi Hafiz semalam? Semuanya akan dapat anda tonton dalam Diari Akademi Fantasia jam 9 malam ini.

Sebagai ganjaran menjadi pelajar yang menunjukkan peningkatan terbaik, Aril dapat membuat panggilan kepada keluarganya. Apakah reaksi serta isu yang diperbualkan?

Paling menyeramkan apabila Yazid mengadu tentang hantu dan kisah seram di kem sebelum terpilih ke Akademi. Semua akan dapat anda tonton dalam Diari Akademi Fantasia, jam 9 malam ini, pastinya di Astro Ria (Saluran 104)

Wednesday, April 1, 2009

Afundi Terkini



1. ISMA : 29%
2. ARIL : 12%
3. HAFIZ : 12%
4. YAZID : 8%
5. AISHAH : 7%
6. RUBISA : 7%
7. SIDI : 6%
8. CLAUDIA : 6%
9. ZIZI : 6%
10. AKIM : 5%
11. QHAUD : 3%

Tuesday, March 31, 2009

Pelajar Undian ku (jgn Lupa Undi)


AFUNDI TERKINI: 8% AFUNDI AISHAH KE 32999

Nama Penuh :

Siti Aishah Bt Bujang

Nama Manja :
Kak Jot/Asya

Umur:
18 Tahun

Tarikh Lahir :
14 Januari 1991

Tugasan 4 pelajar AF7m (jom undi)


Dalam Diari Akademi Fantasia hari pertama minggu keempat yang disiarkan di Astro Ria (Saluran 104) sebentar tadi, kita dapat melihat reaksi pelajar apabila mendapat tugasan untuk konsert minggu keempat.Lebih menarik apabila pelajar diberikan lagu yang berlawanan dengan jantina penyanyi asal lagu-lagu tersebut.

Konsert minggu keempat adalah tribute kepada dua (2) ikon penyanyi dan penghibur terkenal tanah air, Amy Search dan Datuk Siti Nurhaliza. Keduanya telah bertahan lebih 10 tahun dan masih kekal dalam industri serta melebarkan sayap populariti melampaui sempadan Malaysia. Maka,merekalah sumber inspirasi atau ikon kepada pelajar AF7 dalam cita-cita menjadi pelapis kepada ikon sedia ada.

PELAJAR WANITA (Lagu-lagu nyanyian asal Amy Search)
CLAUDIA – Suralaya Dalam D Major
ZIZI – Aku Dah Bosan

AISHAH – Mentari Di Ufuk Timur

RUBISA – Tiada Lagi
ISMA – Kerja Gila

PELAJAR LELAKI (Lagu-lagu nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza)

HAFIZ – Cinta Ini

AKIM – Destinasi Cinta

YAZID – Aku Cinta Padamu

QHAUD – Di Taman Teman

ARIL – Lakaran Kehidupan

SIDI – Kumilikmu


LAGU BONUS Isabella & Jerat Percintaan (medley).


Melihat daripada perkembangan positif pelajar musim ini, mereka pasti mampu untuk melakukan persembahan yang menarik minggu ini. Teruskan mengikuti perkembangan mereka sepanjang minggu di Diari Akademi Fantasia, 9.00 malam di Astro Ria (Saluran 104) Teruskan AFUNDI kepada pelajar kegemaran anda!