Tuesday, March 31, 2009

Pelajar Undian ku (jgn Lupa Undi)


AFUNDI TERKINI: 8% AFUNDI AISHAH KE 32999

Nama Penuh :

Siti Aishah Bt Bujang

Nama Manja :
Kak Jot/Asya

Umur:
18 Tahun

Tarikh Lahir :
14 Januari 1991

Tugasan 4 pelajar AF7m (jom undi)


Dalam Diari Akademi Fantasia hari pertama minggu keempat yang disiarkan di Astro Ria (Saluran 104) sebentar tadi, kita dapat melihat reaksi pelajar apabila mendapat tugasan untuk konsert minggu keempat.Lebih menarik apabila pelajar diberikan lagu yang berlawanan dengan jantina penyanyi asal lagu-lagu tersebut.

Konsert minggu keempat adalah tribute kepada dua (2) ikon penyanyi dan penghibur terkenal tanah air, Amy Search dan Datuk Siti Nurhaliza. Keduanya telah bertahan lebih 10 tahun dan masih kekal dalam industri serta melebarkan sayap populariti melampaui sempadan Malaysia. Maka,merekalah sumber inspirasi atau ikon kepada pelajar AF7 dalam cita-cita menjadi pelapis kepada ikon sedia ada.

PELAJAR WANITA (Lagu-lagu nyanyian asal Amy Search)
CLAUDIA – Suralaya Dalam D Major
ZIZI – Aku Dah Bosan

AISHAH – Mentari Di Ufuk Timur

RUBISA – Tiada Lagi
ISMA – Kerja Gila

PELAJAR LELAKI (Lagu-lagu nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza)

HAFIZ – Cinta Ini

AKIM – Destinasi Cinta

YAZID – Aku Cinta Padamu

QHAUD – Di Taman Teman

ARIL – Lakaran Kehidupan

SIDI – Kumilikmu


LAGU BONUS Isabella & Jerat Percintaan (medley).


Melihat daripada perkembangan positif pelajar musim ini, mereka pasti mampu untuk melakukan persembahan yang menarik minggu ini. Teruskan mengikuti perkembangan mereka sepanjang minggu di Diari Akademi Fantasia, 9.00 malam di Astro Ria (Saluran 104) Teruskan AFUNDI kepada pelajar kegemaran anda!

Thursday, March 26, 2009

Tahniah Wira Negara


2 Jan, Putrajaya - Perdana Menteri malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi meraikan para atlet Malaysia di Kejohanan Sukan SEA Korat 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Para atlet yang berjaya menggondol pingat emas diberi insentif galakan. Hadiah telah disampaikan oleh pemimpin nombor satu negara, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Kejayaan kontinjen Malaysia mendapat 68 pinagt emas semasa Sukan Sea di Korat merupakan kejayaan terbaik atlet Malaysia dalam sejarah Sukan Sea luar Kuala Lumpur.

Para atlet menerima ucapan tahniah daripada Pak Lah dan berharap kejayaan ini akan berterusan di Sukan Olimpik di Beijing, China tahun ini. Belia berkata lagi tiada apa yang menjadi masalah atau kepayahan tetapi disebalik rintangan itu terdapat peluang atau opportunity untuk mendapat pingat emas, perak ataupun gangsa. Beliau juga menyarankan kepada orang ramai untuk membudayakan sukan dalam kehidupan harian. Tambah beliau, aktiviti sukan adalah satu-satunya aktiviti yang dapat menyatupadukan rakyat berbilang bangsa di Malaysia.

Penerima tertinggi hadiah insentif ini adalah atlet gimrama, Lim Wen Chean sebanyak RM16, 500, diikuti atlet ekuesterian, Qabil Ambak Mohd Fathil sebanyak RM12, 500 dan atlit karate, Puvaneswaran Ramasamy sebanyak RM5,000.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Malaysia,Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, Menteri Belia dan Sukan Malaysia,Dato’ Sri Azalina Dato Othman Said, Menteri-menteri Kabinet, Menteri-menteri Besar, Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Sidek Hassan dan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan,Dato’ Mohd Yassin Salleh.

Wednesday, March 25, 2009

Kempen bergelap Sejam..jom

Memori Tercipta


Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pon terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

p/s : dinyanyikan oleh iera (bukan penyanyi sebenar)

Tuesday, March 24, 2009

Nasib Vs Takdir



ku percaya, dalam hidup nih ada qada dan qadar, sebab itu adalah rukun Islam yang ke 5. Apa yang jarang kita sedari.. ada 2 perkara yang hampir sama dalam Bahasa Melayu kita. Antara NASIB dan TAKDIR.
1 - Nasib adalah sesuatu yang boleh diubah.
2 - Takdir, ini yang tak boleh diubah.

Perhatikan, berapa ramai diantara kita selalu jer cakap.. “Dah nasib aku hidup camnih, nak buat camner…” Sedangkan, “Nasib sesuatu kaum itu tidakkan berubah melainkan mereka sendiri yang mengubahnya”. Sama jer, persoalan kaum atau diri sendiri. berapa ramai yang pernah cuba nak mengubah NASIB BURUK kepada sesuatu yang lebih baik?

Jadinya lagi.. aku banyak bercerita pada orang, sama cam aku ceritakan pada korang yang baca apa yang aku tulis nih. :D . Habis tuh diri aku? mana letaknya. OK!.. Aku rasa.. dalam 100 cerita aku, berjaya membuka mata 10 orang, itu sudah cukup. Walaupun aku tidak berjaya (lagi) menjadi kaya raya atau mewah, atau punyai kekayaan fizikal.. tapi ‘cerita’ aku mungkin diceritakan kemudiannya kepada Melayu-melayu yang lain, ayat aku dipakai untuk menyedarkan pula kawan-kawannya yang lain. Bende positif diulang berulang kali akan membawa kesan yang positif. Begitulah sebaliknya…

Aku sekadar pencerita, mungkin aku cuma dilahirkan bagai ‘pendita’ yang membawa ilmu dan memotivasikan orang.. atau sekadar pelawak penglipur lara, tetapi bak lilin, selain menerangi segelintir orang, mencairkan diri sendiri, yang akhirnya mungkin tiada apa2. Yang ujud cuma bekasan cahaya pada satu detik.. Bayangkan korang sesat dalam gua yang gelap.. kemudian nampak sikit jer cahay. Nah! itulah hebatnya secalit cahaya :p..
Apapun yang pasti, kepuasan hati aku dalam melakukan perkara-perkara sedemikian sudah pun mencukupi. :)