Friday, April 3, 2009

Kejutan Amy Search


Sungguh bertuah menjadi pelajar Akademi Fantasia. Selain berpeluang belajar selok-belok menjadi seorang penghibur, mereka turut berpeluang bertemu dengan selebriti-selebriti terkenal tempatan dan antarabangsa. Menarik malam ini, mereka menerima kejutan dari Raja Rock Malaysia, Amy Search! Apakah reaksi yang ditunjukkan mereka? Semuanya akan dapat anda tonton dalam Diari Akademi Fantasia jam 9 malam ini.

Dalam pada kegembiraan yang diperoleh di Akademi, ada pelajar yang masih tertekan dengan keadaan dan peraturan di Akademi. Seperti yang diluahkan oleh seorang pelajar yang tidak keruanh kerana tidak dapat menghisap rokok di Akademi. Amboi!

Paling menarik melihat pasangan pelajar yang seakan-akan sedang mula bibit-bibit cinta. Perasaan mereka dikatakan bermula sejak dipasangkan di kelas lakonan Miss Ida Gorgeous. Semua akan dapat anda tonton dalam Diari Akademi Fantasia, jam 9 malam ini, pastinya di Astro Ria (Saluran 104)

0 comments:

Post a Comment